Harini kita off topic sikit.
Mamajuju
nak share isu berkaitan kesihatan mental kita iaitu Anxiety Disorder.
Ada yang pernah alami dan tak kurang juga yang sedang alami penyakit ni
tapi mereka tak sedar pun mereka sedang lalui penyakit ni.
Kalau
nak tahu Anxiety Disorder ni bermaksud kebimbangan yang berlebihan
sehingga menganggu aktiviti seharian. Perasaan bimbang ni normal dalam
kehidupan seharian tapi bila terlalu bimbang yang berlebihan ia akan
menjerumus kita ke Anxiety Disorder.
Macam mana saya nak tahu
saya menghidap Anxiety Disorder ?. Kebiasaannya bila seseorang itu
mempunyai Anxiety Disorder, mereka akan :
❌ Jantung berdengup laju
❌ Cepat stress
❌ Sentiasa berasa terancam
❌ Susah nak fokus atau berfikir
❌ Kejang otot
❌ Tak boleh tidur
❌ Cepat panik
❌ Badan lesu dan letih
Anxiety
Disorder ni bukan saja boleh merosakkan badan kita tapi ia mampu
mempengaruhi personaliti kita dimana ada beberapa kes yang menunjukkan
Anxiety Disorder akan membuat seseorang itu menghidap penyakit yang
serius iaitu Schizophrenia & Bipolar Disorder.
Jika anda
mempunyai tanda-tanda macam Mamajuju ceritakan ni, segeralah berjumpa
dengan doktor untuk mendapatkan nasihat serta melakukan pemeriksaan
kesihatan. Kesihatan mental juga penting bukan setakat tubuh badan
sahaja kena balance antara dua ini.
Pesanan ini ikhlas dari kami Minyak Herba Asmak

No comments:
Post a Comment