Wednesday, 22 May 2019

SALAM NUZUL AL-QURAN


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Salam Nuzul Al-Quran.

Nenas, Mamajuju 🍍

Tuesday, 21 May 2019

AIR NABEEZ KURMA


Tipulah kalau bulan puasa ni tak penat langsung kan? Dengan cuaca yang kadang-kadang panas. Mamajuju sendiri kadang rasa nak pengsan. 

Tapi kenalah cuba bertahan sebab ada banyak tanggungjawab menanti uiii....Antaranya ialah dengan amalkan minum air nabeez.

Air nabeez kurma adalah air minuman yang tidak asing lagi di kalangam kita. Malah ada di kalangan ibu yang menyatakan bahawa air nabeez sebagai salah satu minuman penggalak susu. Wallahualam.
.
Kehebatan buah kurma, makanan sunnah dan kesukaan Nabi Muhamad s.a.w. KURMA adalah makanan sunah yang sangat digalakkan diambil pada ketika sahur dan berbuka. Ini kerana kurma sangat kaya dengan tenaga dan memiliki pelbagai komponen nutrien, vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh.
.
Kurma memiliki fruktosa (gula ringkas) yang boleh memberi tenaga segera. Ia juga membantu dalam penghadaman.
.
3 biji kurma memiliki 80 kcal, 15 gm kalsium, 140 gm potassium dan 16 gm fosforus...ni baru 3 biji.Banyak betul khasiat nye.
.
Kerana itu air nabeez di katakan memiliki pelbagai khasiat. Kurma yang di rendam itu boleh di makan sebagai kudapan.
.
Cara membuat air nabeez :
.
1. Air suam satu gelas besar 300-400 ml
2. Kurma yang di carik-carik, saya terus mengeluarlan biji kurma tersebut.cukup dengan 3biji.nak lebih pun boleh.
3. Rendam kurma tersebut di dalam air suam semalaman.
4. Pastikan bekas air adalah tertutup.
5. Air rendaman itu di biarkan pada suhu bilik sahaja tidak usah di letakkan dalam peti sejuk.

Ibu²  boleh menggunakan mana2 kurma yang mudah untuk di dapatkan.
Mudah dan berkhasiat.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! 🤗


#AsmakDiamondRamadhan #Asmak #WeAreFamily #AirNabeez #NabeezKurma #KhasiatKurma #Kurma #MakananSunnah

KISAH SEVERE EKZEMA ADIK

Bila sebelum ni Mamajuju ada kongsikan tutorial rawatan untuk Ekzema, marilah kita throwback balik keadaan kaki anak Mamajuju masa si adik ni kena severe ekzema.

Ini adalah pengalaman pertama sampai tahap berdarah macam ni. Teringat lagi bila bangun pagi tengok kuku adik penuh darah. Rupanya time tidur dia sedap menggaru. Memang tak tunggu terus refer pakar.

Apa yang Mamajuju suka dengan doktor pakar ni (tak ingat nama beliau tapi dekat KPJ Ampang Putri). Beliau bukanlah yang terlalu pro pada penggunaan steroid & beliau pun kata steroid bukanlah sesuka hati nak apply. Bila ekzema , terus apply. Asal ekzema, terus sapu. Bukan. Ianya bergantung pada tahap serius atau tidak ekzema seseorang.

Doktor ni pun faham concern sesetengah parents yang tak berapa gemar anak-anak mereka dirawat dengan steroid. Teringat masa doktor ni rawat adik. "Ekzema kalau severe macam ni, kita tak boleh terus sapu krim steroid. Kita perlu cuci & rawat sampai yang kuning-kuning ni hilang. Bila dah hilang pun, tak perlu lumur krim sama macam pakai lotion tu. Memadai senipis yang boleh & hanya betul-betul di bahagian yang ekzema. Bila dah tak ada, tak perlu sapu."

Nak rawat adik masa kena severe ekzema ni memang memerlukan kesabaran. Mamajuju kena allocate masa tambahan sebelum pergi kerja untuk cuci luka (guna air biasa je) & sapu krim macam gel putih jernih ada antibiotik untuk rawat luka, bukan ekzema) & balut elok-elok sebelum pergi nursery. Memang selalu tawakal harap janganlah bandage tu terbuka. Pesan juga dekat ummu-ummu dekat nursery kalau waktu mandi jangan bagi kena air.

Tapi kita tak boleh expect lebih-lebih orang lain nak jaga anak kita macam kita jaga sendiri kan? Dapat jaga elok pun dah Alhamdulillah. Nasib baik doktor pun cakap rawat luka adik ni 2 kali sehari je. So sebelum tidur malam dah balik kerja, Mamajuju cuci lagi sekali.

Dan Mamajuju tahu apa pun kita buat untuk orang yang kita sayang takkan pernah sia-sia. Lepas beberapa minggu, Alhamdulillah cepat recover. Mamajuju tawakal instead terlalu bergantung pada krim hospital bagi, Mamajuju cuba juga teknik #MinyakHerbaAsmak & #BedakAsmak. Bukan tak percaya pada krim doktor yer. Cuma nak cuba cara semulajadi. Kena konsisten & sabar. Alhamdulillah sekarang cantik sikit kulit adik walaupun hitam manis tu tetaplah di situ. 😂

Biasalah budak ekzema ni ada pasang surutnya. Bila dekat kaki tu dah elok, jadi kat tempat lain si adik ni menggaru. Mamajuju memang standby je, jangan sampai jadi severe ekzema macam dulu. Ada few tempat tinggal parut, Mamajuju tinggal sapu bedak asmak untuk licinkan kulit adik je.

Terima kasih Allah! Terima kasih doktor! Terima kasih Asmak!


#ekzemafighter
#sajakongsi
#semogabermanfaat

Friday, 10 May 2019

JARI TERKENA KACA TINGKAP

Biasa tarik cermin tu tak ada apa2 tiba-tiba hari selasa aritu konon nak buka besar cermin dapur sekali praaap!! pang!!!

Peh!!
Darah dah menitis laju, macam air hujan. Masa tu capai je tudung terus tekap tangan yang berdarah. Ayam dalam kuali saya biarkan je tutup dulu api.

Berlari cari minyak herba asmak!  Alamak stock sendiri dah habis? Tonggeng botol yg ada saki-baki untuk dapatkan serdak minyak herba asmak.

Sayang jika di biarkan saja sebab serdak habatusauda dalamnya sememangnya wow!

Sapu jer minyak herba asmak walau masa tu tgk alamak kulit dah terkopek. 😔😖

Saya bukan berani sangat dengan darah sebenarnya. Mujur kain yg saya tekap tu warna hitam. Lap lagi darah saya sapu lagi minyak herba asmak. Sampailah darah slow2 stop kat jari saya.

Hasil konsisten sapu minyak herba asmak 3 hari dengan kerap, luka dah makin sembuh. Jari pon tak berdarah lagi kulit dan dah cantik bercantum.

Terima kasih minyak herba asmak menjadi sahabat saya.

Pengalaman: Rozita abdullah.




#APA_KATA_PENGGUNA

#Asmak #WeAreFamily
#AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife #StokisAsmakGombak
#codbatucaves #codselayang
#codgombak #poslajuseluruhmalaysia

Thursday, 9 May 2019

HENTIKAN TRADISI INI

Kita seringkali melihat anak-anak kecil dipaksa puasa. Kesian melihat kadang-kadang. Ibu berkeras mahu anak berpuasa sedangkan kanak-kanak masih kecil dan perut mereka belum sekuat orang dewasa.

Tahukah anda? Orang Arab sendiri hanya memaksa anak mereka berpuasa sekitar umur 11-12 tahun ?

Sepatutnya kita harus memaksa anak kita solat. Solat itu rukun kedua dalam rukun Islam. Disebabkan tradisi ini,makin ramai generasi yang wujud pada hari ini di kalangan mereka yang berpuasa tetapi tidak solat. Ye,ini fakta.

Terlalu ramai yang hanya berpuasa dan tidak solat. Dan segolongan lain pula berpuasa dan solat, tetapi solat itu dibuat sekadarnya,tidak menepati solat yang sempurna. Apabila solat tidak sempurna, ia tidak mampu menjadikan seseorang itu menjadi lebih baik.

Oleh itu usah pelik jika pada hari ini anda melihat terlalu ramai yang solat tetapi mereka masih bergelumang dengan maksiat. Masih melakukan kejahatan kecil dan besar.

Jika di surau tempat awam, pandangan biasa mereka yang berpakaian seksi dan tidak menutup aurat dengan sempurna tetapi mengerjakan solat. Ia sesuatu yang sangat baik. Di dalam hati juga mendoakan semoga mereka mendapat hidayah. Persoalan sekarang, di manakah silapnya?

Silap itu bermula dari rumah!

Sedari kecil ibu bapa lebih menekankan anak berpuasa berbanding solat. Pernahkah kita memeriksa cara solat anak kita,betul atau tidak. Atau mereka mengerjakannya sekadar syarat?

Oleh itu, henti-hentikanlah tabiat memaksa anak berpuasa sedangkan tidak memaksa anak solat. Jika anak solat sekalipun,usahlah memaksa mereka berpuasa terlalu awal kecuali mereka sendiri yang mahu dan anggap ia sebagai pengenalan,tak salah.

Apa yang salah bila memaksa. Dan kita harus memantau apabila anak berpuasa, tawarkan mereka untuk berbuka jika mereka tidak larat.

Kesimpulannya, paksalah dulu anak solat dengan sempurna,dan biarlah mereka berpuasa bila umur sesuai. Ajarkan puasa sebagai pengenalan sahaja dan benarkan mereka berbuka jika tidak mampu.

Ayuh, kita ubah tradisi ini.



#IhyaRamadhanbyAsmak #Asmak #WeAreFamily #MisiBiasakanYangBetul

Friday, 3 May 2019

VITAMIN C DAN SELSEMA


Tahukah anda pengambilan vitamin C dapat membantu mengurangkan gejala selsema?

Vitamin C yang dimaksudkan ini bukanlah ubat yang dibeli dari farmasi, tapi makanan segar yang boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Untuk itu, pastikan anda beri pada anak setiap hari supaya dapat meningkatkan daya tahan tubuh mereka.

Terdapat sumber Vitamin C semulajadi seperti strawberi, brokoli, oren, tomato, kiwi, betik, labu, potato manis.

Jika anak enggan makan buah-buahan ini ketika selsema, anda boleh sediakan dalam bentuk smoothie atau jus.

Semoga bermanfaat. 🤗

Kredit: my.theasianparent.com

#Asmak #WeAreFamily
#AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife #StokisAsmakGombak

Wednesday, 1 May 2019

"TAK MACAM HANTU KAK LIMAH DAH!"


"TAK MACAM HANTU KAK LIMAH DAH!
#APA_KATA_PENGGUNA

Sejak guna #ShampooBungaRayaPlus dengan #HairMosturizerWithSerum rambut dah helok sikit dari hantu kak limah katanya. 😂

Lebih selamat dengan kandungan bebas bahan kimia. Shampoo tidak berbuih dan elok untuk rambut dalam jangka masa yang panjang.

Jom jadikan Set Saloon Asmak untuk keperluan seisi keluarga! 👪😍






#Asmak #HairCare #SpaRambut #spadirumah #saloondirumah #rambutgatal #rambutkusut #rambutrosak #rambutgugur #kelemumur #kerakrambut #rambutberminyak #codbatucaves #codselayang #codgombak #poslajuseluruhmalaysia